Peminat kopi di Malaysia mungkin terpaksa berbelanja lebih sedikit dari biasa kerana rangkaian kopi popular, ZUS Coffee telah umumkan kenaikan harga buat kali pertama dalam tempoh lima tahun.
Keputusan ini diambil oleh mereka disebabkan peningkatan kos bahan mentah, terutamanya biji kopi yang semakin mahal di pasaran global.
ZUS Coffee hantar mesej kepada pelanggan
Tindakan ZUS Coffee memberi penjelasan kepada pelanggan mendapat pujian dan membuatkan jenama itu terus menjadi pilihan ramai.
Kos biji kopi melonjak ke paras tertinggi sejak 1977 akibat gangguan bekalan global dan cabaran iklim yang menjejaskan pengeluaran.
Sepanjang 2024, kami telah menyerap kenaikan kos ini, namun ia semakin sukar untuk dikekalkan.
Catat peningkatan luar biasa
Siapa sangka bermula sebagai kedai kecil di Kuala Lumpur pada 2019, Zus Coffee berkembang dengan begitu pesat dan kini memiliki 610 cawangan di seluruh Malaysia. Boleh dikatakan hampir setiap kawasan ZUS Coffee dibuka.
Selain itu, ZUS Coffee juga berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan bermula di Filipina pada 2023. Setakat ini sudah 50 cawangan dibuka di sana.
Asbab sambutan yang luar biasa di Filipina, ZUS Coffee akan terus meluaskan operasi di Singapura dan Brunei selepas ini. Semoga terus maju jaya!