Zul Mahat meninggal dunia

Zul Mahat meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Komposer dan pemuzik terkenal, Zul Mahat meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru.

Allahyarham 64, yang sejak Disember dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengehmbuskan nafas terakhir di hospital tersebut, semalam.

Zul mengalami kecederaan pada dagu, mata dan patah bahu dan tangan kanan selepas terjatuh ketika menjalani rawatan dialisis di Subang Jaya.

Selepas satu bulan menjalani rawatan, allahyarham yang pada Januari lalu dibenarkan pulang, dimasukkan semula ke hospital yang sama pada Februari kerana jangkitan kuman pada paru-parunya.

Antara karya ciptaan arwah adalah Sahabat nyanyian Fauziah Latiff dan Sesat Dalam Gelita (Spider).

Zul juga merupakan komposer yang mencipta lagu berhantu, Mustika dan Istana Menanti Pasti- UTUSAN

 

Scroll to Top