Penampilan terkini pelakon Datin Seri Zizie Izette Abd Samad mencuri perhatian ramai apabila aktres berusia 44 tahun itu kian jelita meskipun meningkat usia.
Bagaimanapun, penampilan Zizie yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menjadi mangsa kecaman ramai apabila dia berkongsi foto tidak bertudung, baru-baru ini.
Sedar dirinya menjadi bualan, kakak kepada aktor Shaheizy Sam tampil bersuara dengan mengatakan dia selesa dengan dirinya untuk terus kekal bergaya meskipun ada segelintir pihak tidak menyukai dirinya.
Zizie berkata, dia tidak mempunyai hak untuk menghalang seseorang daripada terus menyukainya.
“Saya berada pada usia di mana kalau kamu suka saya, sukalah saya dan kalau tak, saya tak kisah kerana saya tiada sebarang masa;ah dengan sesiapa sejak awal.
“Kalau tak suka, itu masalah kamu. Hidup ini sangat indah untuk ambil pusing apa orang lain nak fikir mengenai kita, Disebabkan itulah orang cakap, tak endah itu memuaskan,”tulisnya.
Terdahulu, nama ibu kepada lima anak itu mencuri perhatian ramai dengan kemunculan dirinya tampil cantik dan kurus sejak awal tahun ini dengan hanya mengenakan penutup rambut.
Selain itu, dia juga kerap berkongsi gambar memakai pakaian ketat sehingga menampakkan tubuh badan di media sosial.
Sumber: Instagram zizieizette