Zizi Kirana buat persiapan, teruja kali pertama tunai umrah

Zizi Kirana buat persiapan, teruja kali pertama tunai umrah

Penyanyi Zizi Kirana mengakui teruja untuk berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah buat kali pertama pada 24 Januari ini.

Menurut laporan Harian Metro, penyanyi berusia 37 tahun itu berkata, suaminya Yusuf Bahrin yang juga seorang pelakon akan turut mengerjakan umrah untuk kali pertama.

“Insya-Allah, menjelang 24 Januari ini saya akan ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah, sehari selepas tarikh ulang tahun kelahiran saya.
“Ini adalah kali pertama untuk saya dan suami menunaikan umrah. Jadi, memang kami sangat teruja untuk umrah kali pertama ini,” katanya.

Bercerita lanjut, penyanyi lagu Eh itu sudah melakukan persiapan diri dengan ilmu pengetahuan selain menyiapkan ubat-ubatan serta pakaian musim sejuk.

Pada masa sama, Zizi juga memohon doa yang baik-baik dan berharap urusan ibadahnya dan suami dipermudahkan Allah SWT.

“Persiapan semuanya sudah disiapkan. Kami memang serta kelas umrah di samping beberapa persiapan lain seperti pakaian dan sebagainya.
“Yang mencabarnya adalah saya dimaklumkan dalam tarikh kami di sana adalah waktu kemuncak musim sejuk. Saya pula jenis orang yang tak tahan dengan cuaca sejuk,” 
“Doa dan harapan saya, tentunya agar dikurniakan zuriat dalam rumah tangga kami. Pada masa sama, saya berharap proses ibadah umrah kami dipermudahkan Allah,” ujarnya.

Untuk rekod, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 18 September 2021 selepas hampir sebulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri) , Instagram Zizi Kirana