Zii Jia tarik diri Terbuka Swiss

Zii Jia tarik diri Terbuka Swiss
Zii Jia tarik diri Terbuka Swiss

Zii Jia tewas dalam pusingan awal Seluruh England pada Selasa. – Foto: Agensi

PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menarik diri daripada menyertai Terbuka Swiss di Basel, Switzerland minggu depan.

Perkembangan tersebut dikongsi menerusi laman sosial Team LZJ pada Khamis yang menyebut pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu cedera ligamen buku lali.

Team LZJ memaklumkan bahawa Zii Jia tidak dapat beraksi pada Terbuka Swiss akibat kecederaan. - Foto: Laman X Team LZJ

Team LZJ memaklumkan bahawa Zii Jia tidak dapat beraksi pada Terbuka Swiss akibat kecederaan. – Foto: Laman X Team LZJ

Situasi berkenaan menyebabkan pemain berusia 26 tahun itu terpaksa menarik diri daripada kejohanan berstatus Super 300 tersebut yang dijadual bermula pada 18 hingga 23 Mac ini.

“Team LZJ mengesahkan bahawa Zii Jia menarik diri daripada Terbuka Swiss di Basel disebabkan kecederaan buku lali kanannya.

“Zii Jia akan mendapatkan rawatan selanjutnya sebelum pengumuman mengenai sebarang kejohanan yang akan disertai,” catat Team LZJ menerusi laman X.

Sebagai rekod, pemain yang berasal dari Kedah itu mengalami kecederaan ketika Jelajah Dunia Akhir pada Disember tahun lepas, namun masih menyertai Kejohanan Seluruh England.

Bagamamanapun pemain nombor lapan dunia itu tersingkir awal setelah tumpas kepada pemain bukan pilihan dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long 16-21, 12-21 dalam aksi pusingan pertama pada Selasa.

Scroll to Top