Istanbul: Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky pada Ahad mencadangkan gencatan senjata selama 30 hari terhadap infrastruktur awam, dengan kemungkinan dilanjutkan sekiranya gencatan senjata sepenuhnya dapat dipatuhi, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Ukraine mencadangkan supaya semua serangan menggunakan dron dan peluru berpandu jarak jauh ke atas infrastruktur awam dihentikan sekurang-kurangnya selama 30 hari, dengan potensi untuk dilanjutkan,” katanya dalam satu kenyataan di platform X.
Cadangan itu dikemukakan sebagai tindak balas terhadap gencatan senjata sebelah pihak selama 30 jam yang diumumkan Presiden Rusia Vladimir Putin, sempena perayaan Easter pada Sabtu.
Zelensky berkata Ukraine akan memberi reaksi balas terhadap pengumuman, dan menggesa agar gencatan itu dilanjutkan “sekiranya benar-benar wujud gencatan senjata sepenuhnya.”
Gencatan senjata berkenaan yang bermula pada 6 petang waktu Moscow pada Sabtu, dijangka berakhir pada tengah malam Isnin.
Namun, kedua-dua pihak saling menuduh antara satu sama lain mengenai pelanggaran perjanjian itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd