Zarina Anjoulie Minta Maaf Selepas Kongsi Video Pembedahan Hidung | Oh! Media

Zarina Anjoulie Minta Maaf Selepas Kongsi Video Pembedahan Hidung | Oh! Media

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie, memohon maaf kepada pihak yang tidak selesa dengan hantarannya baru-baru ini mengenai pembedahan plastik di bahagian hidung.

Menerusi beberapa video di Instagram, Zarina berkongsi keadaan wajahnya sebelum dan selepas pembedahan yang dipercayai dilakukan di Vietnam. Anju, panggilan mesranya, juga menyatakan bahawa dia kini memerlukan rehat yang mencukupi.

Menurut Zarina, pembedahan tersebut menelan kos sebanyak 2,000 USD, bersamaan dengan kira-kira RM8,639.

Hidung saya dah tak ada benjol dekat depan, doktor dah ratakan bahagian itu dan sekarang kalau saya nak buat photoshoot atau bergambar lagi cantik dari sisi tepi.- Katanya.

Sedar dirinya dikecam, Zarina tampil meminta maaf secara terbuka di Instagram. Dia menjelaskan, tujuan perkongsian tersebut bukan untuk membuka aib tetapi kerana dia dibayar untuk melakukannya.

Tolong faham, ini punca rezeki saya walaupun tak banyak duit. Ni juga saya nak bawa balik bayar yuran sekolah, mengaji dan barang dapur. Bukannya untuk saya beli beg baru ke BMW ke nak tayang.- Jelasnya.

Zarina, 37, menegaskan bahawa dia tiada niat untuk berbangga, tetapi hanya berkongsi video atas dasar kerja dan sebagai token penghargaan kepada pihak yang berkenaan.

Dia juga bersyukur dan gembira kerana warganet sudi menegur dan peduli dengan tindakannya.