Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju, baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa bekas isteri Que Haidar, Linda Jasmine, sebagai seorang yang sombong dan berlagak.
Dalam sebuah video yang tular, Anju berkongsi pengalaman pahitnya ketika bertemu dengan koreografer terkenal itu suatu ketika dahulu.
Anju turut menambah bahawa Linda bukanlah seorang selebriti, sebaliknya hanya seorang guru tarian.
Anju dakwa bekas isteri Que Haidar berlagak
Namun, sikapnya yang berlagak seolah-olah setaraf dengan bintang antarabangsa seperti Kim Kardashian membuatkan Anju tawar hati.
Linda Jasmine tu bekas isteri Que Haidar, bila peminat tegur, banggalah kan. Elok-elok aku peminat engkau, aku terus tak minat kau.
Lagipun kau bukan selebriti pun Linda Jasmine, kau hanya guru penari. Cara berlagak kau macam kau Kim Kardashian.
Dalam pada itu, Anju tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya apabila berpeluang berlakon bersama Que Haidar. Beliau menggambarkan Que sebagai seorang yang sangat baik dan menyenangkan.
Apapun, Makcik Linda, saya sangat seronok berlakon dengan bekas suami awak, he is such a sweetheart.
Anju merupakan peminat Linda Jasmine terus ‘turn off’

Menurut Anju, dia tidak rasa Linda Jasmine mengingati momen tersebut tetapi dia sebagai peminat terus ‘turn off’.
Di ruangan komen, seorang netizen mendedahkan pernah berhadapan dengan pengalaman serupa tetapi orang tersebut adalah selebriti veteran.
Balas Anju, artis dengan artis juga berlagak sesama sendiri dan mengharapkan mereka disapa terlebih dulu.
#ApaKataOhmedia
Dalam dunia hiburan, sikap rendah diri dan menghargai peminat adalah kunci utama untuk kekal disayangi. Tetapi mungkin artis tersebut tidak perasan dengan mimik muka yang dibuat. Husnuzon jelah ya!
