Zainal Abidin bukan duda, netizen dakwa Fyna Jebat kahwin suami orang?

Zainal Abidin bukan duda, netizen dakwa Fyna Jebat kahwin suami orang?

Pengakuan Fyna Jebat berhubung pernikahannya dengan bekas jurulatih bolasepak pasukan Penang FC, Dato’ Zainal Abidin Hassan telah mendapat sorotan ramai.

Walaupun masing- masing mengucapkan tahniah di atas perkahwinan tersebut, namun ada juga yang mempersoalkan status Zainal ketika menikahi penyanyi berkenaan.

Memetik laporan dari Kosmo! Zainal yang dihubungi tidak memberikan sebarang respon panjang dan hanya mengatakan sedang menghadiri mesyuarat sebelum pesanan WhatsApp dan panggilan tidak dibalas.

“Maaf saya tengah meeting (dalam mesyuarat),” Ujar Zainal.

Persoalan tersebut timbul apabila ada satu akaun TikTok yang mengatakan bahawa Datuk Zainal Abidin bukanlah seorang duda sambil menyertakan beberapa tangkapan layar gambarnya bersama isteri, Datin Zalina.

Perkongsian tersebut sudah tentu membuatkan ramai pelik dan tertanya-tanya betul ataupun tidak yang Fyna berkahwin dengan suami orang.

Hal ini susulan pengakuannya ketika ditemubual selepas program Famili Duo. Dalam kenyataannya, Fyna atau nama sebenar Nur Syafinaz Jebat, 29 memaklumkan yang dia sudah sah bergelar isteri kepada bekas pemain bolasepak kebangsaan era 80an itu namun enggan mendedahkan butiran pernikahan mereka.

Kenyataan tersebut dibuat selepas tular dakwaan mereka telah berkahwin selepas beberapa ciri melibatkan mereka di dedahkan kepada media.

Sumber: Kosmo! (Mohd Haikal Isa), TikTok @whck16