Zahnita Sebak Dapat Perintah Perlindungan Interim

Zahnita Sebak Dapat Perintah Perlindungan Interim

Pelakon Zahnita Wilson tidak dapat menahan sebak apabila Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan permohonannya untuk mendapat perintah perlindungan interim (IPO).

Memetik Utusan Online, Zahnita sebak sebaik sahaja keluar dari mahkamah pagi tadi serta menganggap hari kebebasan buat dirinya dan empat anak-anaknya.

IPO adalah peruntukan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bagi memberi perlindungan perundangan sementara untuk mangsa, anak-anaknya dan saudara maranya.

Pada 5 Disember lalu, suami Zahnita iaitu Abd. Zackery Ghouse Abd. Ghani didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan mencederakan bekas pelakon tersebut.

SUMBER: Utusan Online


Scroll to Top