Young Tigers asah taring di Australia

Young Tigers asah taring di Australia

SKUAD hoki remaja negara akan memulakan persiapan bagi membentuk pasukan mantap dengan menjalani Siri Jelajah Brisbane Australia bermula 24 Julai hingga 6 Ogos ini di Queensland State Hockey Centre, Brisbane.

Ia juga sebagai persediaan Young Tigers bagi menghadapi dua kejohanan tahun ini iaitu Piala Sultan Johor 2024 dan Piala Remaja Asia 2024.

Siri jelajah itu adalah sebagai pendedahan buat barisan pemain bagi mendapatkan perlawanan yang berintensiti tinggi menentang pasukan kebangsaan Bawah 21 Tahun (B-21 Australia) dan Kelab Hoki Queensland di mana 26 pemain akan mengikuti siri jelajah ini.

Pengurus pasukan, S Ganesan mengharapkan pemain-pemain yang diberikan peluang menyertai siri jelajah itu akan mengutip pengalaman sebanyak mungkin dan menjadikan pendedahan tersebut sebagai salah satu medan pembelajaran untuk menjadikan mereka pemain yang lebih baik.

“Selepas sesi pemilihan pemain yang diadakan baru-baru ini, siri jelajah Brisbane merupakan langkah pertama bagi mempersiapkan pasukan ini yang akan menghadapi dua kejohanan iaitu Piala Sultan Johor pada Oktober dan Piala Remaja Asia pada Disember.

“Saya berharap setiap pemain yang diberikan kepercayaan bersama pasukan ini akan mengambil peluang tersebut dengan sebaiknya. Mereka perlu buktikan mengapa mereka harus terus kekal berada di dalam pasukan.

“Barisan kejurulatihan akan terus menilai setiap pemain bagi memastikan mereka dapat berkembang dengan secepat mungkin sebagai seorang individu dan membentuk satu pasukan yang terbaik serta mempunyai persefahaman yang baik antara satu dengan yang lain,” katanya.

Sebanyak enam perlawanan telah diatur melibatkan empat aksi menentang pasukan kebangsaan B-21 Australia dan dua perlawanan menentang Kelab Hoki Queensland.

Barisan pemain yang dibimbing oleh Jurulatih, I. Vikneswaran bersama Hairi Rahman, Hanafi Hassan dan Chairil Anwar akan berlepas ke Brisbane pada Rabu.


Siri Jelajah Brisbane Australia

Senarai 26 Pemain Young Tigers

1. Mohamad Rafaizul Mohamad Saini (Penjaga gol)

2. Muhammad Danish Afnan Mohd Faizal (Penjaga gol)

3. Khairul Amirin Mohd Kamarul Azlan (Penjaga gol)

4. Andywalfian Jefffryrius (Pertahanan)

5. Muhammad Nabil Irfan Mohd Yusof (Pertahanan)

6. Samrin Asri (Pertahanan)

7. Mohamad Nor Syakir Hafiz (Pertahanan)

8. Muhd Alief Adha Akhbar (Pertahanan)

9. Muhammad Zamarul Hazim Ahmad Zamri (Pertahanan)

10. Muhammad Hafiezuddin Mohd Ali (Pertahanan)

11. Muhammad Danish Danial Abd Wahab (Tengah)

12. Muhammad Addy Jazmi Jamlus (Tengah)

13. Muhammad Khairul Norizam (Tengah)

14. Muhammad Handzalah Abdul Hadi (Tengah)

15. Disairul Fazrien Muhammad Nazrien (Tengah)

16. Mohd Adam Ashraf Mohd Johari (Tengah)

17. Wan Arif Faizuddin Wan Azmeer (Tengah)

18. Mohammad Harris Iskandar Osman (Penyerang)

19. Che Nur Aqirullah Che Mohd Khaurulzi Anwar (Penyerang)

20. Muhammad Danish Aiman Khairil Anwar (Penyerang)

21. Sriraam Vikneswaran (Penyerang)

22. Mohamad Khairil Hakimi Zainol (Penyerang)

23. Ekram Aidilfikri Sapri (Penyerang)

24. Yashvindraa Singaravadivel (Penyerang)

25. Addit Abdullah (Penyerang)

26. Naaveennash Panicker Thevendran (Penyerang)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Scroll to Top