Tular di media sosial hari ini rakaman video memaparkan aksi sekumpulan pelajar lelaki memukul rakan sebilik mereka.
Kejadian itu disyaki berlaku di bilik asrama sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Pulau Pinang.
Pengerusi Mara arah siasat video tular di MRSM
Video tular bukan je mengundang kemarahan netizen, tetapi turut mendapat perhatian Pengerusi MARA sendiri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Dalam hantaran di media sosial, Asyraf menyatakan beliau telah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat segera kejadian tersebut.

Jika terbukti pelajar terlibat adalah dari MRSM, tiada ruang untuk kompromi dan tindakan tegas akan diambil.
Malah, semasa proses siasatan berlangsung, pelajar-pelajar yang terlibat hendaklah digantung sekolah. Beliau mengingatkan kepada semua pelajar bahawa sebarang bentuk buli yang berlaku di MRSM tidak akan dipandang remeh.
Amaran keras untuk semua pelajar

Saya sudah mengingatkan banyak kali semenjak diberikan amanah menjaga MARA, ‘YOU TOUCH YOU GO!’ Tiada tempat untuk pembuli atau yang cuba membudayakan ‘BULI’ dalam apa jua bentuk di MRSM.
Dalam perkongsian awal dari Utara Kini, ramai netizen tampil mempertikaikan situasi sebenar yang berlaku dalam video berkenaan.
Ada yang mendakwa ia sekadar ‘gurauan kasar’ sesama rakan sebilik, namun tidak kurang juga yang mengecam keras perbuatan itu sebagai buli fizikal yang tidak wajar dibiarkan.
Kredit: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.