“You Tak Suka Besar Keras” – Netizen Tegur Dini Schatzmann Buat Lawak ‘Double Meaning’ Pasal Sayur | Oh! Media

“You Tak Suka Besar Keras” – Netizen Tegur Dini Schatzmann Buat Lawak ‘Double Meaning’ Pasal Sayur | Oh! Media

Pelakon Dini Schatzmann menjadi bualan netizen selepas satu rakaman menunjukkan dia mengeluarkan jenaka berunsur ‘double meaning’ ketika membeli barang mentah bersama isterinya, pelakon Janna Nick.

BACA: “Dini Je Kebahagiaan I Sekarang” – Janna Nick Beri Amaran Kepada Penyondol, Tak Takut Masuk Penjara

Dalam rakaman itu, mereka dilihat berada di sebuah pasar raya terkenal, NSK. Janna berkata, dia perlu memasak untuk jumlah yang ramai iaitu 20 orang.

Netizen tegur lawak ‘double meaning’ Dini

Ketika sedang memilih sayur-sayuran seperti kacang panjang dan kacang botol, kedengaran Dini bertanyakan sesuatu kepada Janna dengan ayat yang mencetuskan pelbagai reaksi.

Sayang yang ni besar, keras macam ni tak boleh. You tak suka besar, keras?

Walaupun ada yang menganggap ia hanya sekadar gurauan suami isteri, namun ada juga netizen yang merasakan lawak itu berunsur lucah dan kurang sesuai untuk tontonan umum.

“Boleh je cut scene tu..”

dini janna nick

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan. Ada yang menganggap ia hanya satu gurauan ringan, tetapi ramai juga yang menegur Dini kerana jenakanya dikatakan kurang sensitif.

Namun, ada juga peminat yang mempertahankan Dini dengan menyatakan bahawa jenaka tersebut hanyalah spontan dan tidak perlu diperbesarkan.


Scroll to Top