Ahli kumpulan Senario iaitu Wahid mengakui terkesan dengan ketiadaan rakan seperjuangannya Yassin Yahya sejak beberapa bulan lalu.
Memetik Oh Bulan, Wahid mengakui Yassin menjadi sumber rezeki buat dirinya dan ketiadaannya memberi kesan besar buatnya termasuk anggota lain.
BACA: Senario Tak Tahu Mana Yasin Hilang, Hanya Berhubung Soal Kerja
“Bagi saya, dia (Yassin) adalah sumber rezeki untuk saya. Sejujurnya, ketiadaan Yassin membuatkan ada aktiviti saya, bukan kata Senario, tapi saya sendiri rasa bila Yassin tak ada.
“Kalau Yassin ada, mesti rezeki banyak. Sebab dia rajin mencari show. Saya tahu balik Ipoh, saya tidur… cukup masa, Yassin akan hubungi saya beritahu kita ada show,” katanya.
Sementara itu, Wahid mendedahkan selain Yassin, Azlee dan Pak Ya sering mencari tawaran persembahan buat Senario.
“Dia, Azlee dan Pak Ya… Yassin dan Azlee antara yang banyak cari show untuk kami. Sebab yang lain semua pemalu,” katanya.
Dalam pada itu, Wahid meluahkan rasa terkilan tidak dapat menghantar Yassin ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah bersama Azlee pada Oktober tahun lalu.
“Kalau tengok TikTok dan IG saya ada buat video berlatarkan lagu ‘kawan’ dan ada gambar saya peluk dia… itulah momen terakhir saya bersama dia.
“Saya tak dapat hantar Yassin dan Azlee ke airport sebelum ini untuk tunai umrah. Saya lagi terasa la sebab bagi saya, dia ada sumber rezeki saya. Dengan tanpa malunya, saya cakap dia sumber rezeki saya. Bila dia tak ada, sesuatu benda yang hilang bagi saya,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan