Yassin dah khatam 20 juzuk al-Quran, berat badan naik – Saiful Apek

Yassin dah khatam 20 juzuk al-Quran, berat badan naik – Saiful Apek

Pelawak Yassin Yahya, yang menyepi dari dunia hiburan sejak tahun lalu, dikhabarkan bakal pulang ke tanah air sebelum Aidilfitri.

Berita tersebut disahkan oleh anggota kumpulan Senario, Saiful Apek, sekali gus menguatkan spekulasi mengenai seorang pelawak terkenal yang didakwa ditahan di Jeddah, Arab Saudi atas kesalahan dadah awal tahun ini.

Bagaimanapun, Apek tidak mengesahkan perkara itu secara langsung dan meminta semua pihak bersabar serta menunggu penjelasan daripada Yassin sendiri.

Yassin dah khatam 20 juzuk al-Quran

Yassin dah khatam 20 juzuk al-Quran

Menurutnya, tindakan semua anggota Senario mendiamkan diri adalah jalan terbaik demi menghormati perasaan keluarga Yassin dalam menghadapi situasi tersebut.

“Dari maklumat keluarga, difahamkan Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri ini.
“Kami berdiam diri kerana menghormati keluarga. Alhamdulillah, kami lega dapat tahu dengan lebih jelas apa yang berlaku.
“Saya tak kisah orang nak cakap saya berat sebelah atau sengaja nak ‘cover line’, tapi apa yang boleh saya katakan, Yassin mungkin tidak pandai mana, tapi dia juga tak bodoh.
“Di Arab Saudi, jika terbabit dalam kes seperti ini (dadah), hukumannya hudud (bunuh), tiada pelepasan untuk dua atau tiga bulan,” katanya.

Yassin dah khatam 20 juzuk al-Quran

Artikel lain: Tiada kelibat Yassin, Senario tak punya jawapan tentang ‘kehilangan’ rakan

Bukan itu sahaja, Apek turut gembira apabila melihat perubahan positif Yassin ketika berhubung menerusi aplikasi Zoom, sebelum ini.

“Berat badan Yassin bukan sahaja bertambah dari ‘s’ ke ‘m’, tetapi lebih membanggakan, sudah katam 20 juzuk al-Quran.
“Dia bukan ditahan di penjara, sebaliknya pusat pemulihan yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk kedai runcit.
“Jadi, saya nak menyeru hentikan segala spekulasi, tunggu hingga tuan badan pulang. Biarlah Yassin sendiri menjelaskan apa yang berlaku. Dia bukan ditahan di penjara, sebaliknya pusat pemulihan.
“Saya lega melihat keadaannya baik di sana hingga boleh hafaz 20 juzuk al-Quran. Tiada perkara terjadi secara kebetulan dan saya gembira dengan perubahannya itu,” katanya.

Terdahulu, media pernah melaporkan bahawa seorang pelawak ditahan di Jeddah kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja, namun identiti individu berkenaan tidak didedahkan.

Sehingga kini, isu mengenai seorang pelawak popular yang ditahan di Jeddah atas kesalahan dadah sejak Oktober tahun lalu masih menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.

Sumber: Berita Harian (Serimah Mohd Sallehuddin)

Scroll to Top