“Yassin Dah Khatam 20 Juzuk Al-Quran, Berat Badan Naik Dari S Ke M” – Saiful Apek

“Yassin Dah Khatam 20 Juzuk Al-Quran, Berat Badan Naik Dari S Ke M” – Saiful Apek

Pelawak Yassin Yahya yang menyepi sejak tahun lalu dijangka pulang ke tanah air sebelum Aidilfitri ini dan perkara itu disahkan oleh anggota Senario, Saiful Apek.

Memetik BH Online, Apek bagaimanapun tidak mengesahkan spekulasi mengenai seorang pelawak popular ditahan di Jeddah, Arab Saudi atas kesalahan dadah.

BACA: “Untungnya Yassin Dapat Berpuasa ‘Di Sana’, Itu Satu Rahmat”

Sebaliknya, Apek meminta semua pihak bersabar dan menunggu penjelasan daripada Yassin sendiri mengenai perkara itu serta memaklumkan rakannya itu akan pulang sebelum Aidilfitri.

“Kami berdiam diri kerana menghormati keluarga. Alhamdulillah, kami lega dapat tahu dengan lebih jelas apa yang berlaku.

“Saya tak kisah orang nak cakap saya berat sebelah atau sengaja nak ‘cover line’, tapi apa yang boleh saya katakan, Yassin mungkin tidak pandai mana, tapi dia juga tak bodoh.

“Di Arab Saudi, jika terbabit dalam kes seperti ini (dadah), hukumannya hudud (bunuh), tiada pelepasan untuk dua atau tiga bulan,” katanya.

Sementara itu, Apek berkata dia ada berhubung dengan Yassin melalui aplikasi Zoom dan gembira melihat perubahan positif di Jeddah yang kini sudah katam 20 juzuk al-Quran.

“Berat badan Yassin bukan sahaja bertambah dari ‘s’ ke ‘m’, tetapi lebih membanggakan, sudah katam 20 juzuk al-Quran. Dia bukan ditahan di penjara, sebaliknya pusat pemulihan yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk kedai runcit.

“Jadi, saya nak menyeru hentikan segala spekulasi, tunggu hingga tuan badan pulang. Biarlah Yassin sendiri menjelaskan apa yang berlaku. Dia bukan ditahan di penjara, sebaliknya pusat pemulihan.

“Saya lega melihat keadaannya baik di sana hingga boleh hafaz 20 juzuk al-Quran. Tiada perkara terjadi secara kebetulan dan saya gembira dengan perubahannya itu,” katanya.

SUMBER: BH Online


Scroll to Top