Xin Yao cemerlang mendahului pusingan pertama kategori perempuan Kejohanan Golf Remaja Saujana-100PLUS di Kuala Lumpur pada Selasa.
PEMAIN golf negara, Wang Xin Yao cemerlang apabila mendahului pusingan pertama kategori perempuan pada Kejohanan Golf Remaja Saujana-100PLUS 2023 di Kuala Lumpur pada Selasa.
Xin Yao yang mengakhiri saingan di kedudukan kelapan di Kejohanan Remaja Konfederasi Golf Asia Pasifik (APGC) di Manila, Filipina baru-baru ini mengakhiri pusingan pertama dengan catatan satu di bawah par 71 pada aksi yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club (SGCC).
Dia memperoleh empat birdie dan dua bogey di sembilan lubang pertama dan kekal konsisten di hujung permainan.
Xin Yao mengatasi pemain Australia kelahiran Malaysia, Amanda Gan dan Vanessa Chong Yi Wen yang berkongsi kedudukan kedua dengan lima di atas par 76.
“Saya mengalami selesema pada Isnin dan gembira dapat pulih dengan cepat sebelum aksi pusingan pertama.
“Hari ini (Selasa) adalah hari yang baik kecuali bogey yang saya lakukan,” kata Xin Yao yang akan beraksi dalam beberapa kejohanan di Amerika Syarikat bermula Jun hingga Ogos depan.
Dalam pada itu, pemain Australia, Josiah Edward mendahului pusingan pertama bagi kategori lelaki selepas merakam satu di bawah par 71 untuk mengatasi 53 pencabar yang lain.
Dua pemain, Nor Haqeim Nor Hadi dan Nathan Wong Tsen Jan berkongsi kedudukan di tempat kedua selepas masing-masing mencatat dua di atas par 74.
Wan Hasnul Daniel, Japanese Daichi Hayashi dan Wan Muhammad Danial Hafiz berada di tempat ketiga dengan 75 pukulan.