“Weh Weh Tu Anak Norman Hakim, Abby Abadi Kan?” – Danish Hakim Rasa Tak Selesa Gara-Gara Ini.. | Oh! Media

“Weh Weh Tu Anak Norman Hakim, Abby Abadi Kan?” – Danish Hakim Rasa Tak Selesa Gara-Gara Ini.. | Oh! Media

Sudah menjadi lumrah anak selebriti pasti terkena tempias populariti ibu bapa mereka. Lebih-lebih lagi apabila terdapat pelbagai kontroversi panas yang tercetus sehingga menjadi bualan ramai.

Terbaru, anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim meluahkan rasa kurang selesa mengenai sesuatu perkara di platform Threads.

danish hakim

Katanya, ibu bapanya sudah memberikan nama jadi orang ramai tidak seharusnya memanggilnya dengan gelaran ‘anak Norman Hakim, anak Abby Abadi’.

danish hakim

Setakat ini, luahan Danish Hakim telah menerima lebih 100 respon. Netizen berpendapat Danish dikenali disebabkan populariti ibu bapanya dalam dunia seni.

danish hakim

Ada juga netizen menasihati Danish supaya bersyukur walaupun hanya dikenali sebagai anak selebriti. Mereka memberi kata-kata semangat supaya Danish menyerlahkan bakat yang ada untuk lebih terkenal dengan nama sendiri.


Scroll to Top