“Weh B*bi, Cepat Sikit…” – Pelanggan Maki Rider Lambat Hantar Makanan Tengah Malam | Oh! Media

“Weh B*bi, Cepat Sikit…” – Pelanggan Maki Rider Lambat Hantar Makanan Tengah Malam | Oh! Media

Bila bercakap pasal rider penghantar makanan ini, pasti banyak cerita yang menarik berkaitan mereka, antaranya apabila ada kemalangan mesti ada jer mereka ini di tempat kejadian.

Namun, selain daripada hujan dan panas yang terpaksa mereka tempuh untuk ‘mengenyangkan’ orang, berurusan dengan pelanggan adalah antara yang paling mencabar apabila bergelar sebagai seorang rider penghantar makanan.

BACA: Penghantar Makanan Terkejut Dapat Tip RM500, Pulangkan Semula Pada Pelanggan

Pelanggan dari neraka…

rider

Tular di laman Facebook, Mohd Idham Khalid berkongsi satu gambar mengenai satu kes berkenaan seorang rider penghantar makanan menerima mesej ‘keras’ daripada pelanggan yang hilang sabar kerana lambat.

Kalau order tengah malam jangan marah-marah ye jika order sampai lambat. Kesian rider, lewat malam kerja dengan pelbagai risiko jalan raya… Tahu-tahu kena babi pula. – Katanya

Dia juga berkongsi tentang situasi sebenar dan perbezaan mengenai sistem penerimaan order online makanan dengan order E-hailing.

Perlu faham situasi rider penghantar makanan…

Dalam caption posting tersebut, Idham membuat penjelasan tentang perbezaan pesanan online makanan dengan pesanan E-hailing, supaya masyarakat tidak salah faham dengan pekerjaan rider penghantar makanan tersebut.

Order makan ni, Order masuk ke vendor, bila vendor accept order, Vendor akan siapkan order dan dalam masa yang sama order ni akan mencari rider.

Dalam kes ni order masuk ke vendor, tapi tak jumpa rider yang nak ambil. Tu yang customer kena sidai. – Katanya

Menjengah ke ruangan komen, ada yang berkata respon rider tersebut sangat baik daripada yang dijangka mengenangkan makian yang sangat ‘keras’ itu.

#ApaKataOhmedia

Sebagai pelanggan, kita sepatutnya lebih memahami dan bertimbang rasa terhadap para rider penghantar makanan yang bekerja keras untuk memastikan pesanan kita sampai. Mereka bukan sekadar berdepan dengan hujan dan panas, tetapi juga risiko kemalangan di jalan raya, terutamanya apabila bekerja lewat malam.


Scroll to Top