Pernah menjalani suntikan ‘filler’ pada wajah, pelakon Watie Sadali berkata dia mengakui menyesal dengan tindakannya itu.
Memetik Oh Bulan, Watie berkata dia telah membuang filler pada bahagian dagunya selepas beberapa tahun menjalani prosedur berkenaan dan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi.
BACA: Penyebab Muflis, Hana Tak Mungkin Kembali Bersahabat Dengan Watie
“Ketika ini saya tidak buat apa-apa perubahan pada wajah, cuma saya ada buang filler pada bahagian dagu. Saya menyesal kerana elok sahaja dagu saya, tapi saya terikut-ikut orang dan tak fikir panjang dulu. Sekarang, nak buang mahal beribu kosnya, harga sama macam nak bayar downpayment kereta,” katanya.
Sementara itu, Watie berkata akibat tindakannya itu kedudukan dagunya berubah menjadi panjang seperti ‘ahli sihir’ serta menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk mendapatkan rawatan di tempat yang bertauliah.
“Benda (filler) itu makan teruk, kerana campur dengan yang tak asli. Jadi bila guna yang palsu dekat muka, lama-lama dagu saya jadi panjang dan buruk seperti witch (ahli sihir).
“Nasihat saya, tolong bersyukur dengan wajah yang ada, kalau nak buat pergilah ke tempat yang betul, jangan ke tempat yang murah nanti jadi buruk,” katanya.
Dalam pada itu, Watie berkata sehingga kini dia perlu berjumpa dengan doktor untuk membuang filler berkenaan namun bernasib baik kerana hanya melakukan suntikan tersebut di dagu sahaja.
Sehingga kini saya perlu berjumpa doktor berkali-kali untuk buang, doktor cakap saya bernasib baik sebab saya buat dekat dagu sahaja kalau tempat lain memang lebih teruk,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan