Watie Dedah ‘Wishlist’ 2025 Dekta… Nak Masuk Kelas Vokal & Jadi Matured – “Kalau Masuk America’s Got Talent Mummy Bangga Tak?”

Watie Dedah ‘Wishlist’ 2025 Dekta… Nak Masuk Kelas Vokal & Jadi Matured – “Kalau Masuk America’s Got Talent Mummy Bangga Tak?”

Isteri kepada usahawan selebriti, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi cita-cita dan azam tahun baru anak tiri perempuannya, Dzahira Talita Zahra.

Dedah Watie, Dekta mempunyai ‘wishlist’ untuk tahun hadapan iaitu untuk skor ‘A’ semua subjek dalam peperiksaan termasuklah mahu menjadi seorang yang matang.

“Tadi borak-borak dia cakap, Mummy wishlist Dekta next year… Nak dapat semua ‘A’ dalam exam, tak nak gaduh dengan Matin dan nak jadi matured,” katanya.

Tidak habis disitu, Dekta juga berazam untuk masuk ke kelas vokal dan mahu menyanyi dengan baik.

Malah, anak tunggal perempuan Shuib dan arwah Siti Sarah itu juga sempat berseloroh mahu menyertai pertandingan nyanyian America’s Got Talent jika diberi kesempatan.

“Lepastu, Dekta nak masuk kelas vokal nak nyanyi betul-betul.

“Kalau nyanyi sampai dapat invitation America’s Got Talent, Mummy bangga tak? Sambil berangan je lah katanya,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi Watie menerusi hantaran di ruangan Instagram Story miliknya.

Scroll to Top