Warganet Beri Gelaran Duda Terhangat, Ini Reaksi Fattah Amin – “Saya Tak Nak Komen, Tapi…”

Warganet Beri Gelaran Duda Terhangat, Ini Reaksi Fattah Amin – “Saya Tak Nak Komen, Tapi…”

Pelakon popular, Fattah Amin seakan hilang kata-kata apabila diajukan soalan mengenai gelaran ‘duda terhangat’ yang diberikan oleh warganet.

Fattah enggan mengulas lanjut mengenai gelaran terbabit, namun dia berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan.

“Saya tak nak komen mengenai gelaran terbabit. Saya tak tahu nak komen macam mana.

“Tapi apa pun, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong. Saya rasa sangat berterima kasih,” katanya kepada XTRA.

Fattah ditemui di malam gala filem dokumentari Datuk Seri Rossa, All Access Rossa 25 Shining Years di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Mendapat sokongan ramai pihak selepas menghadapi kes perceraian baru-baru ini, Fattah memohon agar semua mendoakan yang terbaik.

“Alhamdulliah, sekarang saya rasa sangat terharu dengan keadaan ini. Saya nak ucap terima kasih kepada mereka yang sentiasa sokong kerjaya saya dari awal dulu sehingga sekarang. Terus doa yang baik-baik.

“Sekarang saya tengah sibuk fokus karier dengan Fatima. Itu sahaja jadual saya. Insya-Allah, bulan depan saya dah mula penggambaran untuk dua projek bersama Erma Fatima,” katanya lagi.

Terdahulu, Fattah, 34, bercerai dengan isterinya, pelakon Nur Fazura, 41, pada 7 Oktober lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Scroll to Top