Wardina Safiyyah luah rasa kesal, tak perlu libatkan anak dalam masalah rumah tangga

Wardina Safiyyah luah rasa kesal, tak perlu libatkan anak dalam masalah rumah tangga

Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah luah rasa kesal apabila anak bekas model, Zahnita Dorothy Hussein Wilson dengan Abd. Zackery Ghouse Abd. Ghani terlibat dalam masalah rumah tangga pasangan itu.

Wardina atau nama penuh Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot  berkata, adalah tidak wajar untuk menemu bual Zahrafeena, 18, kerana remaja berkenaan juga merupakan mangsa yang dihimpit dengan masalah ibu bapanya.

Luahan itu dibuat selepas Zahrafeena yang kini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima banyak kecaman, sedangkan remaja itu wajar diberi perlindungan.

“Pertama sekali saya rasa sangat tidak patut untuk temu bual anak dia (Zahrafeena). Komen netizen terhadap dia sangat biadab.
“Budak tu budak lagi. Kamu tak patut dedahkan anak-anak. Jangan temubual budak, dia tak tahu apa-apa.
“Ingat dia tak baca komen-komen netizen ke? Kesian dia, budak tu, anak-anak Zahnita semua mangsa keadaan,”luahnya.

Wardina Safiyyah luah rasa kesal

Dalam pada itu, aktres berusia 45 tahun akui baik Zahnita mahupun suaminya mempunyai hak untuk tampil mempertahankan diri dan memberi penjelasan secara umum.

Namun, orang ramai tidak mempunyai hak untuk menilai luaran seseorang kerana tidak terlibat secara langsung dalam isu tersebut.

“Bila kita fikir secara logiknya, Zahnita mempunyai hak untuk berkongsi kepada umum. Bagaimanapun, kalian (netizen) ni siapa nak diagnos suaminya narsistik? 
“Orang dah tuduh dia (Abd. Zackery Ghouse ), dia pun balaslah balik, itu hak dia sama ada kita mahu percaya atau tidak. 
“Zahnita ada versi dia, Zackery ada versi dia. Mahkamah yang akan menentukan, malangnya isu itu teah didedahkan kepada umum. 

Artikel lain: Suami sedia lepaskan Zahnita tapi bersyarat, anak akui tenang tinggal dengan bapa

Di akhir video, Wardina yakin pasangan suami isteri itu dapat menyelesaikan masalah rumah tangga dan pastinya mahu yang terbaik terutama melibatkan anak-anak.

Terdahulu, anak sulung kepada pasangan tersebut, Zahrafeena atau Zahra mendedahkan bahawa apa yang dilakukan ibunya sudah dirancang dari awal.

Malah, dia juga mengatakan bahawa gambar dakwaan dipukul yang dikongsi Zahnita di media sosial merupakan gambar lama.

Sumber: IG ws_dina_ws

Scroll to Top