Wanna Ali Bakal Menantu Bekas Ketua Polis Negara

Wanna Ali Bakal Menantu Bekas Ketua Polis Negara

Pelakon Wanna Ali berkongsikan dia sudah bertunang dengan jejaka pilihan hati, Khairil Amri Khalid pada 9 November tahun lalu, namun memilih berkongsi berita gembira itu semalam.

Memetik Harian Metro, Wanna bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai majlis nikahnya yang dilaporkan bakal berlangsung dalam masa terdekat.

BACA: “Dia Adalah Definisi Lelaki Sebenar” – Wanna Ali Sah Bakal Nikah

“Kami sebenarnya sudah mengadakan majlis pertunangan pada 9 November tahun lalu, namun hanya berkongsi berita, hari ini.

“Alhamdulillah, selepas berdoa di Makkah agar ditemukan dengan jodoh yang tepat, akhirnya saya dipertemukan dengan insan bernama Khairil Amri. Mengenai tarikh pernikahan, saya akan maklumkan nanti,” katanya.

Sementara itu, Wanna berkata dia mula mengenali Khairil yang juga anak bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar itu sejak tahun lalu. Menurut Wanna, tunangnya itu menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan untuk mendirikan rumah tangga.

“Dia mula menyedari kehadiran saya selepas rakan muat naik foto saya dalam media sosialnya. Selepas beberapa bulan berkenalan, kami menyedari kami mempunyai persamaan, iaitu sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

“Saya juga pernah memberitahunya, jika perkenalan ini hanya sekadar suka-suka, saya tak mahu membuang masa. Namun, Khairil menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan untuk berkahwin,” katanya.

Sebelum ini, Wanna berkata bakal suaminya itu juga memiliki ciri-ciri lelaki yang diminati serta calon paling tepat untuk menjadi pasangan hidupnya.

SUMBER: BH Online


Scroll to Top