Wanita syukur kerja di kampung, dapat jaga ibu bapa sakit – “Nikmat Allah bagi..”

Wanita syukur kerja di kampung, dapat jaga ibu bapa sakit – “Nikmat Allah bagi..”

Seorang wanita yang dikenali sebagai Aisyah Ishak meluahkan rasa syukur dapat bekerja di kampung kerana boleh menjaga kedua ibu bapanya yang sedang sakit di rumah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aisyah di laman TikToknya, dapat dilihat dia mengalihkan ibu bapanya yang berkerusi roda ke katil menggunakan alat ‘hoist crane’.

Wanita syukur kerja di kampung

Kecekalan Aisyah dalam menjaga dan menguruskan dua insan tersayangnya itu telah mendapat perhatian dalam kalangan warganet sehingga memperoleh lebih 1.4 juta tontonan di aplikasi tersebut.

Sementara itu, wanita yang tinggal di Felda Keratong, Pahang ini turut meluahkan rasa syukur kerana memiliki majikan yang memahami sekaligus memudahkan urusannya dalam memantau ibu bapa di rumah.

Wanita syukur kerja di kampung

Artikel lain: Lelaki mahu jual peti ais buruk usia 40 tahun dengan harga RM20,000

“Nikmat yang Allah bagi, mak ayah ada depan mata.
“Dapat bos yang memahami pun satu rezeki. Rajin juga lari balik rumah tengok mak ayah masa tengah kerja.
“Alhamdulilah, Allah bagi mudah semuanya. Sebenarnya lagi enjoy kerja di kampung” ujarnya.

Besar pahala jaga ibu bapa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum serta memuji Aisyah yang sanggup berkorban menghabiskan baki hidupnya demi berbakti kepada orang tua.

Semoga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Allah membalas jasa baik Aisyah serta mendoakan segala urusannya dipermudahkan selalu.

Sumber: TikTok @Aisyah Ishak

Scroll to Top