Wanita maut tercampak 30 meter dari jejambat lebuh raya Dash

Wanita maut tercampak 30 meter dari jejambat lebuh raya Dash

hafidzul@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Seorang wanita maut apabila tercampak dari jejambat (flyover) ketinggian 30 meter di Kilometer 0.7 Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash), menghala ke Shah Alam, semalam, selepas motosikal dinaikinya bergesel dengan sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata kejadian kira-kira 6.50 petang berlaku ketika mangsa berusia 30 tahun melalui jalan berselekoh.

“Siasatan mendapati motosikal mangsa bergesel dengan kereta yang di hadapan sebelum mangsa terjatuh dari lebuh raya itu.

“Akibat daripada kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih, di talian 017-7378704.

“Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top