Tokyo: Seorang wanita di Jepun maut ditikam dipercayai ketika bersiaran langsung di satu jalan dekat Takadanobaba, Shinjuku, semalam
The Japan News melaporkan, polis menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu kira-kira 9.50 pagi.
Sebaik pegawai dari Balai Polis Totsuka Jabatan Polis Metropolitan Tokyo tiba di tempat kejadian, mereka mendapati seorang wanita berusia 20-an terbaring dengan kesan tikaman di kepala, leher dan dada.
Wanita itu disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.
Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 40-an, yang berada di tempat kejadian selepas disyaki melakukan cubaan membunuh.
Polis sedang menyiasat kes itu dan percaya terdapat beberapa jenis masalah antara kedua-duanya.
Menurut seorang pegawai kanan polis, lelaki itu mengakui salah atas perbuatannya.
Sebilah pisau dipercayai senjata pembunuhan dirampas di tempat kejadian.
Kejadian berlaku di kawasan dengan rumah dan kedai kira-kira 350 meter barat daya Stesen JR Takadanobaba.
© New Straits Times Press (M) Bhd