Wanita kongsi berita ‘kematian’ Netanyahu ditahan

Wanita kongsi berita ‘kematian’ Netanyahu ditahan
Wanita kongsi berita ‘kematian’ Netanyahu ditahan

Wanita itu dengan berani menyiarkan mesej mengutuk puak penyokong Netanyahu.
Foto Agensi

TEL AVIV – Seorang wanita ditahan atas tuduhan menghasut selepas dia menyiarkan obituari untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Penahanannya dibuat unit siber Lahav 433 di tengah wilayah Palestin.

Menurut polis, wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu memuat naik gambar sebagai simbol notis berkabung untuk membuat pemberitahuan tentang ‘kematian’ pemimpin tersebut.

Ia turut memaparkan teks, ‘Dengan rasa syukur, kami mengumumkan kematian algojo, pengganas, dan penindas iaitu Netanyahu. Persemadiannya adalah pada 19 Februari dan di tempat pelupusan sampah’.

Ia turut menyebut tentang acara termasuk tarian dan pengagihan manisan di kiosk Carmel Yom Tov di Tel Aviv untuk ‘meraikan’ pemergiannya.

Suspek juga dengan berani menyiarkan mesej mengutuk puak penyokong pemimpin ekstremis tersebut.

Sebelum ini, beberapa individu pernah diberkas kerana mempersendakan pemimpin Israel yang didakwa sebagai perbuatan menghasut.

Bagaimanapun, pihak berkuasa hanya menutup mata terhadap retorik ganas dibuat penyokong Netanyahu yang secara terang-terangan menggesa pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk Palestin. – Agensi

Scroll to Top