Wanita kebas rantai tangan emas dicekup

Wanita kebas rantai tangan emas dicekup

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Ampang: Wanita warga Indonesia ditahan kerana dipercayai mencuri rantai tangan emas di sebuah kedai emas di Ampang Point, di sini, pada 31 Januari lalu.

Suspek yang juga pekerja sebuah syarikat pembersihan berusia 31 tahun ditahan bersama barang rampasan pada 9.50 malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada penyelia kedai emas berkenaan berhubung aduan kehilangan rantai tangan emas pada 19 Februari lalu.

Katanya, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang wanita warga Indonesia mengambil rantai tangan emas berkenaan ketika melakukan kerja pembersihan di dalam bilik pameran premis berkenaan pada 9.08 pagi, 31 Januari lalu.

“Susulan itu, polis menahan wanita berkenaan di hadapan kedai emas di Ampang Point, di sini, yang disyaki terbabit dengan kes yang disiasat bersama barang rampasan, kelmarin.

“Saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan wanita itu direman selama empat hari bermula semalam hingga Isnin depan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ā© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top