rnoraina@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Wanita yang didakwa memperdaya isteri pelawak, Along Cham membabitkan kerugian RM95,180 disambung reman sehari, bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, perintah itu bermula hari ini sehingga esok.
Menurutnya, hanya suspek wanita masih ditahan reman manakala suaminya sudah dibebaskan dengan jaminan, 1 Februari lalu.
“Siasatan mendapati kesemua wang dimasukkan ke akaun suami isteri terbabit. Jadi setakat ini polis hanya membuat penahanan terhadap dua individu itu.
“Namun, polis sudah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan isteri Along iaitu Afreena Suhaimi tampil membuat laporan polis terhadap seorang individu dikenali sebagai Ika atas dakwaan menipu wang berjumlah RM95,180.
Afreena dilaporkan berkata, wang itu diserahkan dengan niat untuk membantu membebaskan suaminya daripada tahanan.
© New Straits Times Press (M) Bhd