Wanita dakwa diganggu Da’i Syed ketika isteri hamil, siap ajak pergi Dubai?

Wanita dakwa diganggu Da’i Syed ketika isteri hamil, siap ajak pergi Dubai?

Seorang wanita dakwa diganggu Da’i Syed ketika isterinya, Hana Ismail yang sedang sarat mengandung anak sulung pada Mei lalu.

Wanita berkenaan membuat pendedahan mengejut di aplikasi Threads dengan memaklukan dirinya pernah diganggu oleh pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful.

Wanita dakwa diganggu Da’i Syed

Lebih parah, pendakwah selebriti itu juga mengetahui wanita itu sudah berkahwin dan mempunyai anak. Namun, dia tetap mengajaknya berbual menerusi telefon dan aplikasi Instagram.

“Dia tahu yang saya sudah berkahwin dan mempunyai anak dan pada masa itu, isteri dia pun sedang hamil.
“Tetapi dia tetap mengganggu saya dengan ‘jom call’, ‘nak call’ (saya tak pernah angkat tau bercakap dengan dia melalui telefon),” katanya.

Artikel lain: Dah dapat keadilan, rakan Da’i Syed rayu henti kecam -“Kasihanilah isteri, anaknya..”

Wanita berkenaan turut mendedahkan tangkap layar perbualannya bersama Syed menerusi DM (direct message).

Ingatkan telefon dapatkan nasihat guaman

Pada awalnya, wanita itu hanya menyangka Syed menghubunginya atas dasar mahu mendapatkan nasihat guaman.

Bagaimanapun, lama-kelamaan perbualan mereka mula bertukar ke arah lain apabila pendakwah selebriti itu mengajaknya menemai ke luar negara.

“Saya fikir dia mungkin nak nasihat undang-undang saja tetapi bila dia mula bertanya fasal nak ikut ke Dubai, saya rasa sangat mencurigakan.
“Saya jenis yang bersangka baik tapi bukan bodoh. Bahkan memahami maksud yang tersirat atau petujuk,” jelasnya.

Sementara itu, dia turut meluahkan rasa kasihan terhadap nasib menimpa Hana dan anaknya yang baharu sahaja dilahirkan.

Pada Jumaat lalu, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan merogol seorang wanita di sebah kondominium lima tahun lalu.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Syarifah Fatma Nour pada 14 Ogos lalu.

Sumber: Threads