Wanita dakwa anak dirotan siak masjid, tanda amaran jangan buat bising

Wanita dakwa anak dirotan siak masjid, tanda amaran jangan buat bising

Tular di media sosial seorang wanita dakwa anak dirotan siak di sebuah masjid sehingga meninggalkan kesan berbirat.

Menerusi satu hantaran di X, Isu Semasa Viral telah memuat naik foto memaparkan perkongsian seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada kanak-kanak yang dirotan.

Foto yang dimuat naik merupakan tangkap layar hantaran wanita tersebut di platform Facebook yang mana dia menceritakan bagaimana anaknya boleh dirotan.

Wanita dakwa anak dirotan siak

Wanita dakwa anak dirotan siak

Menurut wanita tersebut, kebiasaan anaknya dan suami akan ke masjid di sekitar mereka namun disebabkan cuti sekolah mereka ke masjid lain, namun tidak dijelaskan masjid mana.

“Selalunya bapanya bawa solat Jumaat kat masjid tempat dia kerja atau masjid dekat sebelah sekolah anak. Tapi minggu lepas anak cuti sekolah, bapa dia solat ke masjid lain,” katanya.

Bagaimanapun, ketika sedang menunaikan rakaat pertama solatnya, tiba-tiba sahaja anaknya itu dirotan oleh siak di masjid berkenaan tanpa sebarang amaran.

Rupa-rupanya, itu merupakan amaran siak masjid berkenaan kepada kanak-kanak lain untuk tidak bermain atau berlari-lari ketika sedang menunaikan solat.

Dijadikan sebagai amaran, wanita dakwa anak dirotan siak

Foto hiasan

“Pertama kali solat Jumaat situ, tapi dapat pengalaman tak best pula. Tak pasal-pasal kena libas dengan siak waktu rakaat pertama.
“Rupanya, sebelum siak tu masuk saf, dia memang akan rotan je secara rawak mana-mana budak sebagai amaran supaya budak lain tak bising.
“Sebab siak tu risau bila dia dah masuk saf nanti tiba-tiba ada budak bising atau lari-lari. Tak sangka pula mangsa yang kena libas hari tu terkena anak saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan juga telah memuat naik tangkap layar perbualannya dalam kumpulan WhatsApp keluarga dan menerusi perbualan itu, dia telah pun melakukan laporan polis.

Wanita dakwa anak dirotan siak sudah buat laporan polis

Namun begitu, perkara tersebut telah pun selesai dan siak di masjid tersebut telah pun meminta maaf kepada anaknya ketika mereka berada di balai polis.

Menerusi tinjauan, wanita tersebut telah pun memadam hantaran berkenaan namun warga maya sempat membuat tangkap layar dan dimuat naik di platform media sosial lain.

Artikel lain: Tindakan pemandu bas jadikan murid sekolah konten TikTok tak boleh diterima -Nancy Shukri

Menjengah ke ruangan komen hantaran di X, rata-rata warga maya meluahkan rasa bengang terhadap tindakan siak di masjid berkenaan disamping tidak bersetuju dengan tindakannya.

Patut gaduh je dengan siak tu

Tak perlu sampai rotan kot

Cuba rotan dia pulak!

Beraninya pukul anak orang

Kalau ye pun nak budak-budak tu tak main masa solat, takkan nak rotan sampai berbirat. Haih, ni boleh buat budak-budak tak nak pergi masjid.

Sumber: X Isu Semasa Viral