Wan Rosdy yakin Tok Gajah tewaskan JDT 2-1 Sabtu ini

Wan Rosdy yakin Tok Gajah tewaskan JDT 2-1 Sabtu ini

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yakin pasukan Sri Pahang mampu menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi final Piala Malaysia yang dijadual berlangsung Sabtu ini.

Beliau meramalkan Tok Gajah akan membawa kemenangan dengan keputusan 2-1, sekali gus mengulangi pencapaian gemilang pada musim 2014.

“Saya yakin Sri Pahang menang 2-1,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang pada Khamis.

Beliau turut menyeru seluruh penyokong Tok Gajah untuk hadir beramai-ramai ke Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi memberi semangat kepada pasukan kesayangan negeri itu.

“Saya menyeru semua rakyat Pahang khususnya peminat bola sepak supaya turun ke stadium menyokong Sri Pahang,” katanya.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2024–25 antara JDT dan Sri Pahang dijadualkan berlangsung pada Sabtu fi Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ini merupakan penampilan kesembilan Sri Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, dan kali pertama sejak 2018.

JDT pula akan membuat penampilan ke-10 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia dan memburu kejuaraan ketiga berturut-turut dalam kejohanan ini.

Berdasarkan rekod, kali terakhir Sri Pahang melangkah ke pentas final piala berprestij itu pada tahun 2014 dan bergelar juara pada musim itu selepas menewaskan JDT.

Pada final itu, skuad Pahang menewaskan JDT 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Scroll to Top