“Walaupun Jumlah Nafkah Kepada Isteri Sedikit, Tetap Satu Barakah”

“Walaupun Jumlah Nafkah Kepada Isteri Sedikit, Tetap Satu Barakah”

Pelakon Nora Danish menyeru kepada golongan suami untuk tidak menculas dalam memberi nafkah terhadap isteri demi rumah tangga yang harmoni.

Menerusi temu bual dalam satu podcast, Nora berkata peguamnya memberitahu banyak rumah tangga bergolak sehingga membawa kepada perceraian kerana isu nafkah.

BACA: Nora Danish Tak Pandang Harta, Tertarik Perwatakan Bekas Suami

“Peguam saya ada beritahu ramai pasangan bercerai kerana masalah kewangan dan duit. Realitinya banyak yang berlaku di luar sana ada suami yang tak jalankan tanggungjawab dan ambil remeh isu pemberian nafkah kepada isteri,” katanya.

Sementara itu, Nora berkata masih ramai golongan suami yang kurang faham mengenai asas nafkah serta ada yang menganggap isteri yang bekerja tidak perlu diberi nafkah.

“Kita perlu didik orang di luar sana terutama lelaki yang bakal bergelar suami bahawa nafkah adalah perkara penting.

“Walaupun hanya beri jumlah yang sedikit kepada isteri, itu sebenarnya tetap satu barakah. Bagi saya isu ini segelintir lelaki ambil sambil lewa sebab sekarang ramai golongan wanita dan isteri sudah bekerja.

“Maka, suami rasa isteri mereka mampu. Semua ni juga berlaku disebabkan mereka tak faham konsep asas mengenai nafkah,” katanya.

SUMBER: HibGlam

Scroll to Top