Kecoh baru-baru ini apabila pempengaruh media sosial Malaysia, Eyka, dilaporkan hilang selama tiga hari di sebuah hutan di Bandung, Indonesia. Namun, situasi yang menggemparkan dua negara ini akhirnya terbongkar selepas Caprice dan pihak polis Indonesia berjaya mengesahkan ia cerita palsu Youtuber Ammar Nazhan.
Terkini, walaupun Ammar Nazhan masih mendiamkan diri, wakil lokasi kejadian asal Bandung telah tampil mengesahlan bahawa kehilangan Eyka hanyalah gimik dan lakonan semata-mata.
Menerusi satu hantaran di TikTok oleh pengguna @ecye769, tangkap layar perbualan dengan pemilik lokasi di Padaringan menunjukkan mereka mengakui bahawa kejadian itu sekadar gimik untuk konten kreator.
Wakil lokasi akui insiden orang hilang hanya gimik untuk tarik pelancong…
![](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-image-53-337x600.png)
Menurut wakil dari Padaringan, mereka terpaksa menjelaskan perkara sebenar selepas ramai pelanggan menghubungi mereka untuk bertanyakan kesahihan berita kehilangan Eyka.
Saya mahu klarifikasikan bahawa isu yang sedang tular baru-baru ini. Ramai yang bertanya sama ada benar atau tidak di Padaringan itu ada orang hilang. Di sini, saya ingin jelaskan semua itu hanyalah sebahagian daripada proses penggambaran untuk konten kreator.- Jelasnya.
Pemilik lokasi tersebut turut menambah bahawa gimik ini sebenarnya memberi impak besar kepada tempat mereka, menarik lebih ramai pelawat yang teruja dengan cerita-cerita mistik yang dipaparkan.
![](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-image-54-1000x592.png)
Kami mendapatkan pelanggan dari para konten kreator ini yang ingin mempromosikan Padaringan. Promosi itu juga untuk kami. Secara ringkasnya, ia adalah kerjasama antara kami mempromosikan Padaringan.- Katanya lagi.
Selain itu, wakil lokasi turut menegaskan bahawa tiada sebarang aktiviti mistik atau kehilangan manusia sebenar yang berlaku di kawasan Padaringan.
Jadi sebenarnya, selama ini orang yang hilang atau apapun di Padaringan dari zaman dulu, saya tekankan tidak ada yang hilang di sini. Alhamdulillah, setakat ini Padaringan aman sahaja.
Menurutnya, pelbagai cerita tentang penampakan makhluk halus dan kejadian mistik yang sering dikaitkan dengan Padaringan juga sebenarnya hanyalah strategi untuk menjadikan lokasi itu lebih menarik bagi para konten kreator dan penonton media sosial.
#ApaKataOhmedia
Konten macam ni kita dah boleh agak sebenarnya tetapi ia boleh memberikan kesan besar kepada kepercayaan masyarakat.
Sebagai penonton, kita perlu lebih bijak menilai setiap kandungan yang dikongsi di media sosial dan tidak mudah percaya kepada cerita yang belum disahkan kebenarannya. Ingat, bukan semua yang tular itu benar!
![Wakil Pemilik Lokasi Dedah Ammar Nazhan Hanya Buat Konten Wakil Pemilik Lokasi Dedah Ammar Nazhan Hanya Buat Konten](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-hafizal-om-featured-new-1200x675-3-1000x600.jpg)