Wak Doyok akur calon isteri pilihan ibu, wanita berusia 25 tahun ke atas & pandai masak

Wak Doyok akur calon isteri pilihan ibu, wanita berusia 25 tahun ke atas & pandai masak

Pelakon dan usahawan, Wak Doyok aku calon isteri pilihan ibu selain mengakui sudah berkenalan dengan wanita itu sejak setahun lalu.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkata, dia akur dengan calon isteri pilihan ibunya kerana percaya ia adalah keputusan terbaik untuk masa depannya.

Wak Doyok akur calon isteri pilihan ibu

Menurut Wak Doyok yang juga ikon media sosial, calon isterinya merupkan seorang wanita berusia 25 tahun ke atas dan pandai memasak.

Malah, wanita itu juga disifatkan pandai menjaga keluarga.

“Saya memang sudah ada calon isteri yang emak carikan. Pada usia sekarang, saya tiada masa nak bercinta seperti golongan muda zaman sekarang.
“Sebab itu, saya serahkan pada emak kerana kalau saya cari calon sendiri takut tak kena di matanya pula.
“Saya terima sebab itu adalah calon isteri yang terbaik di mata emak,” katanya.

Artikel lain: Wak Doyok mahu anak dara sebagai isteri, kena tinggal bersama ibunya

Terpaksa tangguh, tunggu kewangan stabil

Disoal mengenai perkahwinan, usahawan berusia 45 tahun itu memberitahu dia terpaksa menangguhkan dulu perancangan untuk berumah tangga buat masa ini.

Dalam pada itu, dia juga bersyukur kerana bakal isteri memahami kesusahan yang dialaminya kini lebih-lebih lagi ditipu rakan perniagaan.

“Kalau nak diikutkan calon isteri memang mahu mempercepatkan majlis perkahwinan kami dan kalau boleh mahu dilaksanakan pada tahun ini.
“Namun, saya pula terpaksa tangguhkan dulu perancangan untuk berkahwin kerana mahu kewangan dan semua urusan berkaitan stabil dulu,”katanya lagi.

Terdahulu, Wak Doyok memaklumkan dirinya sudah ada calon isteri dan merancang untuk berkahwin pada tahun ini.

Dia juga memaklumkan mencari calon isteri berstatus anak dara atau lebih muda dari usianya seperti 25 tahun dan ke atas.

Sebelum ini, Wak turut mendedahkan punca dia berpisah dengan bekas kekasihnya sebelum ini oleh kerana wanita tersebut tidak mahu tinggal sebumbung dengan ibunya.

Sumber: Harian Metro (Ramlah Zainal)