Wajah lelaki pukul pelajar tahfiz tular, netizen minta polis cari di ‘gathering’ RXZ

Wajah lelaki pukul pelajar tahfiz tular, netizen minta polis cari di ‘gathering’ RXZ

Sejak semalam, video sekumpulan lelaki yang menyerang pelajar-pelajar dan tenaga pelajar di sebuah pusat tahfiz telah tular di medoa sosial.

Video yang dikongsikan oleh pengguna Instagram dikenali sebagai Fazlin 1215 telah membuatkan  banyak pihak geram dengan tindakan biadap mereka.

Dimaklumkan, dua suspek telah ditahan pihak berkuasa dan tiga lagi masih bebas. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga suspek sudah dikenal pasti dan tangkapan akan dilakukan segera.

Difahamkan, dua suspek tersebut positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Susulan daripada itu, Pengerusi Persatuan Sahabat Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi telah memuat naik video menyelar tindakan tersebut dan meminta agar pihak polis giat mengesan mereka yang berlagak seperti gengster ini sehingga sanggup membuat kacau di tempat orang-orang belajar agama.

Jadi, menerusi perkongsian terbaru Fazlin 1215, dia telah memuat naik gambar salah seorang lelaki yang tunjuk ‘hero’ dengan tidak memakai baju dan berkasut masuk ke dalam surau untuk memukul mangsa.

Dia meminta orang ramai yang mengenali suspek untuk memberikan maklumat kepada pihak berkuasa bagi menahannya susulan tindakan biadap yang dilakukan.

Difahamkan, lelaki terbabit telah menyertai gathering RXZ di Terengganu dengan menggunakan kereta jenis 4×4 Isuzu Dmax bernombor plat AGM 4666.

Selain itu, pengarah tersohor, Syamsul Yusof juga menggesa pihak berkuasa segera ‘mengutip’ pelaku tersebut kerana bimbang berlaku pertumpahan darah memandangkan isu tersebut sangat sensitif.

Dia meminta agar mana-mana pihak terutamanya mereka yang mempunyai follower ramai untuk menularkan wajah suspek supaya dia segera ditahan selepas melakukan kekacauan di tempat ibadah umat Islam.

Untuk makluman, video kejadian tersebut telah dirakam di pusat tahfiz dekat Jalan Cheneras di Kuala Lipis pada hari Khamis lepas.

Dalam kejadian tersebut tenaga pengajar yang ada di dalam video telah mengalami kecederaan di mata sebelah kanan dengan menerima empat jahitan, tangan dan lebam di badan manakala pelajar cedera di badan.

Difahamkan, kejadian dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap tenaga pengajar tersebut berkaitan pembayaran makanan di pusat tahfiz berkenaan.

Sumber; Instagram act431_775, yusufazmi_s1m, syamsulyusoffilm