Wajah kegembiraan jemaah selesai menunaikan haji – Utusan Digital

Wajah kegembiraan jemaah selesai menunaikan haji – Utusan Digital

MEKAH: Wajah kegembiraan jelas kelihatan selepas jemaah selesai menunaikan ibadah haji tahun ini, biarpun terikat dengan prosedur kesihatan yang ketat.

Saudi Gazette melaporkan, senyuman kegembiraan menemani mereka sepanjang perjalanan haji di tengah penjagaan yang sangat baik yang diberikan pasukan keselamatan serta sektor kesihatan dan swasta.

ANTARA jemaah yang tidak melepaskan peluang bergambar kenangan selepas selesai menunaikan ibadah haji. – AGENSI

Mereka kini memulakan persiapan untuk pulang dengan selamat di berbagai wilayah di negara ini.

Hampir 60,000 jemaah terpilih, terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing yang mendiami negara ini, memuji perkhidmatan tersebut dan juga usaha tulus yang dilakukan oleh pelbagai sektor keselamatan dan perkhidmatan yang menyumbang kepada kejayaan penganjuran musim haji.

Organisasi haji tahun ini berjaya menghantar mesej positif ke seluruh dunia mengenai kemampuan Arab Saudi menguruskan jemaah di tengah keadaan semasa yang sedang dihadapi dunia kerana Covid-19.

Scroll to Top