Tersebar sebuah video dan gambar yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial yang bertujuan untuk membandingkan wajah selebriti dulu dan kini. Beberapa selebriti tanah air menjadi mangsa termasuk Zara Zya.
Namun, Zara Zya tidak kisah apabila di persoalkan mengenai keadaan itu. Dia tampil dengan tenang dan akui bila ada duit, sesiapa sahaja boleh buat apa yang terbaik untuk penampilan mereka.
Bila dah ada duit, macam-macam boleh di lakukan.
Pelakon terkenal tanah air, Zara Zya tidak kisah atas apa-apa andaian yang di buat oleh warganet mengenai video yang membandingkan perubahan wajah seseorang selebriti. Dia juga turut muncul dalam video tersebut tidak nafikan ramai artis yang berusaha untuk menjaga penampilan diri.
Zainurul Razia Mohd Zainuddin atau sering di kenali sebagai Zara Zya akui tidak menjadi satu masalah untuk sesiapa menjaga penampilan mereka. Tambahan pula, rawatan dan penjagaan wajah bukan satu benda yang salah.
Di temubual oleh Harian Metro, mungkin perubahan yang sedikit akan jelas ternampak melalui wajah seseorang apabila mereka sudah mula untuk menjaga penampilan. Itu adalah hakikat yang patut semua hadam sejak dulu lagi.
“Memang betul apabila dah ada duit macam-macam boleh buat. Itu saya setuju. Lagipun zaman dulu tiada ‘filter’, sekarang dah banyak. Mahu mendapatkan ‘filter’ pun kena menggunakan telefon bimbit mahal.
“Lagi satu, macam dulu tidak banyak klinik estetik yang mahu menaja dalam memberikan rawatan muka. Sekarang, ada banyak termasuk rawatan laser dan sebagainya. Jadi, berbanding sekarang semuanya ada dan mudah. Bagi saya selebriti memang perlukan itu, kenapa tidak kan? Tak ada masalah pun,” katanya.
Artikel berkaitan: Rajin Buat Latihan Kardio, Gadis Ini Kongsi Perubahan Imej Mengagumkan Lepas 7 Bulan
Aktres berusia 37 tahun itu akui tiada masalah baginya jika seseorang mahu bandingkan wajahnya dulu dan sekarang. Perubahan itu sudah pasti ada, cuma ia bukan mengubah ciptaan Allah SWT.
“Secara peribadi saya tak ada masalah jika orang nak tunjuk dan buat perbandingan wajah dulu saya dan sekarang. Dari segi umur memang jauh berbeza. Lagi pun saya tak ada buat muka berlebihan macam buat hidung, sebab hidung saya masih asli.
“Kalau cucuk atau ambil suntikan pun ia untuk kesihatan kulit. Ini kerana selebriti memang bersolek hampir setiap hari, jadi muka akan naik jerawat dan jeragat. Jadi perlukan suntikan vitamin,” ujarnya lagi.
Kenyataan Zara Zya mengenai isu ini sangat dekat dengan isu terkini yang sering kita lihat ramai orang sanggup menghabiskan wang untuk mengubah penampilan dan menjalani pembedahan plastik. Tetapi tidak semua yang mengikut jalan seperti itu untuk menjaga penampilan.
Sumber info dan gambar: Harian Metro dan Zara Zya
Artikel berkaitan: Sudah Bertudung Labuh Di Gelar ‘Mak Cik’ Pula, Mia Ahmad Tukar Imej Kerana Allah SWT
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.