Wahid Dedah Sesuatu Mengenai Yassin Senario! | Oh! Media

Wahid Dedah Sesuatu Mengenai Yassin Senario! | Oh! Media

Ahli kumpulan Senario, Wahid mengakui ketiadaan Yassin sejak beberapa bulan lepas memberi kesan besar terhadap dirinya dan kumpulan itu.

Menurut laporan Oh Bulan, Wahid menyifatkan Yassin sebagai sumber rezekinya kerana sering mencari peluang persembahan untuk mereka.

Bagi saya, dia (Yassin) adalah sumber rezeki untuk saya. Sejujurnya, ketiadaan Yassin membuatkan ada aktiviti saya… bukan kata Senario, tapi saya sendiri rasa bila Yassin tak ada.

Kalau Yassin ada, mesti rezeki banyak. Sebab dia rajin mencari show.

Yassin, Azlee dan Pak Ya banyak cari tawaran persembahan untuk Senario

hamdan ramli

Selain Yassin, Azlee dan Pak Ya turut memainkan peranan penting dalam mendapatkan tawaran persembahan buat Senario.

Dia, Azlee dan Pak Ya… Yassin dan Azlee antara yang banyak cari show untuk kami. Sebab yang lain semua pemalu.

Kenangan terakhir bersama Yassin

Wahid turut berkongsi bahawa dia berasa terkilan kerana tidak sempat menghantar Yassin ke lapangan terbang ketika rakannya itu menunaikan umrah bersama Azlee pada Oktober tahun lepas

Saya tak dapat hantar Yassin dan Azlee ke airport sebelum ini untuk tunai umrah. Saya lagi terasa la sebab bagi saya, dia adalah sumber rezeki saya.

Wahid turut memuat naik video kenangan mereka berdua dengan latar belakang lagu ‘Kawan’, sebagai momen terakhir mereka bersama.

#OhmediaNasihat

Persahabatan yang baik bukan hanya tentang berkongsi kegembiraan, tetapi juga menjadi sumber kekuatan dan rezeki antara satu sama lain. Semoga hubungan seperti ini terus dipelihara dan dihargai.


Scroll to Top