GDANSK, Poland: Villareal mengejutkan Manchester United untuk memenangi kejuaraan Liga Europa selepas penentuan sepakan penalti maraton 11-10 di sini, sebentar tadi selepas penjaga gol David de Gea gagal menyempurnakan sepakan terakhir.
Terdahulu, dalam aksi 120 minit itu, Villareal lebih dulu di depan menerusi jaringan Gerard Moreno pada minit ke-29, sebelum ia disamakan Edinson Cavani, 10 minit selepas babak kedua bersambung.
– AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd