[VIDEO] Vanessa Reynauld Kongsi Keadaan Cemas Terperangkap Di Pusat Beli Belah Setia Alam – “Kejadian Temb*k Berlaku Di Sebelah Kedai Saya Singgah”

[VIDEO] Vanessa Reynauld Kongsi Keadaan Cemas Terperangkap Di Pusat Beli Belah Setia Alam  – “Kejadian Temb*k Berlaku Di Sebelah Kedai Saya Singgah”

Penyanyi, Vanessa Reynauld mendedahkan situasi cemas ketika berada di lokasi kejadian tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam pada malam Sabtu.

Menerusi sebuah video di platform TikTok miliknya, Vanessa berkongsi keadaan ketika dia terperangkap di dalam pusat beli-belah tersebut ketika kejadian itu berlaku.

@vanessareynauld

I went to setia mall for a quick errand run , and unfortunately this happened . This is my first time experiencing something like this and it was so scary !!! I am home safely now , I hope and pray that the victims are ok 😭😭 stay safe out there 🙏 #setiacitymall #gunshot

♬ original sound – Vanessa Reynauld – Vanessa Reynauld

Berdasarkan hantaran status di Instagram Story (IGs), Vanessa berkata kejadian tembakan itu berlaku hanya bersebelahan dengan kedai yang dimasukinya.

Malah, keadaan menjadi lebih cemas apabila penembak meneruskan tembakan sebanyak enam kali dalam masa 20 minit.

Sepanjang kejadian berlaku, Vanessa dan kekasihnya berlindung di sebuah premis sehingga mendapat kebenaran untuk keluar daripada pusat beli-belah itu.

“Pertama kali saya menghadapi situasi seperti ini, ia sangat menakutkan sebab saya berada dekat dengan tempat kejadian di sebelah kedai yang saya singgah.

“Teman lelaki nampak mangsa yang cedera akibat ditembak di kaki. Tembakan terus berlaku sebanyak 6 kali dalam tempoh 20 minit.

“Kami berlari masuk ke dalam sebuah kedai dan menunggu sehingga mendapat lampu hijau untuk pergi,” katanya.

Semalam, pihak polis telah mengesahkan berlaku kejadian tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam kira-kira jam 10 malam.

Difahamkan, suspek merupakan seorang warga tempatan melarikan diri selepas melepaskan 8 das tembakan.

Suspek menahan sebuah kereta secara paksa sebelum mangsa menurunkannya di tepi Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Scroll to Top