Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza secara spontan menyanyikan lagu penyanyi, Nadeera Zaini berjudul Bukan Milik Kita telah meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG) itu jelas memaparkan wajah Nadeera yang tampak sangat teruja dan terharu apabila penyanyi tersohor negara itu membawakan lagu hasil ciptaan Hael Husaini.
Susulan itu, berdasarkan hantaran status di IG Story Siti, beliau mengakui lagu tersebut ‘menghantui’ mindanya.
“Lagu ini memang tengah bermain-main dalam kepala Kak Iti (panggilan Siti) lepas video ni. Tergamak lagu ni menghantui minda Kak Iti,” tulisnya.
Dalam pada itu, Siti turut mendoakan yang terbaik untuk Nadeera dan Hael yang menjadi finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memuji kemerduan Siti membawa lagu tersebut dalam caranya tersendiri.
Kata netizen, pelantun lagu popular Bukan Cinta Biasa itu tidak asing lagi mempunyai vokal yang lembut.
Sekadar info, Nadeera mempertaruhkan lagu Bukan Lagi Kita buat pertama kalinya di acara berprestij itu.