[VIDEO] Tak Nak Orang Dalam Industri Seni… Bella Astillah Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Pilihan Hati

[VIDEO] Tak Nak Orang Dalam Industri Seni… Bella Astillah Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Pilihan Hati

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah berkongsi ciri-ciri lelaki idaman yang mahu dimilikinya.

Menerusi sebuah video tular dimuat naik oleh adiknya, Didi Astillah, Bella berkata dia enggan lagi terbabit dengan mana-mana lelaki dari industri seni hiburan.

“Tidak hisap rokok, tak vape, shiha, semestinya tak pergi kelab malam dan minum alkohol, tak terlibat dengan barangan terlarang seperti dadah, paling penting dia bukan dalam industri seni.

Ketika Didi mengusik sekiranya individu tersebut terlibat dalam bidang politik, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Astillah, 31, hanya tertawa dan berlalu pergi menggantungkan persoalan adiknya itu.

@didi_angel_astillah

Nahhh saya belanja kamurang jawapan cepumas dari kak bella. Saya lari dulu ah gaissss 😂🏃🏻‍♀️‍➡️ bye

♬ original sound – Didi Angel Astillah – Didi Angel Astillah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan hati mereka berbunga-bunga setelah melihat ciri-ciri lelaki idaman Bella, malah ada juga yang mengusik kriteria itu seolah-olah menggambarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Sebelum ini, keakrabakan Bella dan Saddiq menjadi tumpuan ramai apabila mereka kerap membuat content video bersama sehingga tular di platform media sosial.

Malah, baru-baru ini kedua-dua mereka turut menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah.

Terdahulu. Saddiq juga pernah muncul dalam klip muzik video lagu Bella berjudul Tapi Bukan Denganmu.

Sekadar info, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor sensasi, Aliff Aziz, namun bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun lalu.

Hasil Perkongsia hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nora Danish ‘Approve’ Bella Astillah & Syed Saddiq – “Kita Tahu Kalau Orang Buat Content Dengan Real… It’s True Love”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Bawa Bella Astillah Balik Kampung, Manis Agih Bantuan Bersama

Scroll to Top