Selain makin mesra dikhalayak ramai, pasangan ahli politik Muar, Syed Saddiq dan Bella Astillah kini lebih terbuka berkongsi aktiviti bersama.
Lebih mencuri tumpuan, menerusi perkongsian video tular di platform TikTok baru-baru ini, aktres itu ditanya mengenai siapakah gerangan yang memberikannya jam digital sebelum memulakan aktiviti sukan, Pickleball.
Bagaimanapun, Bella yang pada ketika itu berada disisi Syed Saddiq hanya mampu tersenyum.
“Reaksi Bella dan Syed Saddiq bila orang tanya pasal jam,” tulis pada kapsyen video berkenaan.
Manakala menerusi hantaran seorang pengguna sosial yang dikenali sebagai Niel, persoalan yang diajukan itu bagaikan sudah terjawab apabila video berdurasi 57 saat itu memperlihatkan Syed Saddiq memberikan Bella Jam tangan sedondon.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat keakraban yang terjalin antara Syed Saddiq dan Bella Astillah.
Bahkan mereka mengaku, tidak kisah sekiranya pasangan ini dijodohkan kelak apatah lagi kedua-duanya kelihatan bahagia bila bersama.
Terdahulu, Bella menerusi sesi siaran langsung di TikTok bersama Syed Saddiq memaklumkan, dia kini memiliki baju serta kasut sukan berwarna merah jambu namun masih tidak memiliki jam tangan.
“Saya dah ada baju sukan. Kasut sukan pun ada warna pink. Terima kasih dan saya sangat mengahrgainya. Cuma nak beli jam sahaja lagi, insyaa-Allah.
“Jadi jangan terkejut lah… saya akan lari 50 kilometers” katanya.
Sumber: TikTok