Pelakon baharu yang namanya kini menjadi siulan, Sky Iskandar mengaku penglibatannya dalam filem Kahar: Kapla High Council bukanlah sesuatu yang mudah.
Mengaku hampir tidak mendapat tawaran tersebut selepas gagal menjawab panggilan pengarah filem berkenaan iaitu, Razaisyam Rashid, Sky bagaimanapun teruja kerana pada akhirnya rezeki dan peluang itu berpihak padanya.
“Masa tu, the director call Syafiq Kyle dan call Aedy, Mimi Lana semua sampai… tapi sampai dekat aku pula tak angkat call.
“Nasib baik ada produser masa tu (Fatima) saya patut berterima kasih padanya sebab bagi peluang untuk call saya semula.
“Saya tak jawab call bersebab kerana sebelum itu saya lepas kena scam. Tapi lepas aku dapat call tu aku teruja,” ulasnya.
Berkongsi lanjut, anak muda berusia 30 tahun ini menjelaskan tawaran yang diberikan dalam filem prekuel ini sebagai peluang untuknya menunjukkan bakat dalam bidang lakonan.
Oleh itu, pelbagai usaha dilakukannya termasuklah melakukan aktiviti di gim walaupun baru sahaja terlibat dengan insiden patah tangan.
“Ia bukan satu kewajipan pun, tapi kita diberi satu opportunity yang kita boleh test our limit dan alang-alang kita diberikan peluang ni kita harus berikan yang terbaik bukan sahaja dalam lakonan, tetapi juga fitness dan body look because at the end of the day kita nak kemas dan cantikkan perkara itu dan kita harus berikan yang terbaik.
“Jadi dalam masa tiga bulan tu memang kena hadap pergi gim dan sebagainya. Lagipun masing-masing pelakon dalam filem tu ada satu semangat mahu berikan sehabis baik untuk filem ni.
“Bagi saya, if you want to go far, you go together but if you want to go fast you go alone,” katanya.
Tambahnya, walaupun berkali-kali mencuba dan ditolak untuk bergiat aktif dalam bidang lakonan, Sky bagaimanapun memandang perkara ini sebagai perkara positif.
Meskipun merasakan tempoh tiga ke empat tahun itu susah, namun dia berasa bertuah kerana tidak perlu mengambil masa yang lama untuk dikenali dalam industri.
“Ia sememangnya sangat susah tapi in a positif note, aku rasa aku bertuah sebab tak tunggu masa lama untuk dikenali terutamanya terima tawaran untuk filem Kahar ni.
“Tapi walaupun aku bertuah dalam masa sama, dalam tempoh 3-4 tahun itu memang susah. Try and getting rejected tapi saya faham bahawa ini adalah prosesnya, normal. Tapi, kalau mental tak kuat ia boleh menjejaskan kita.
“Dan, aku percaya at the end of the day kau akan ‘menang’ juga. But, I am still lucky and aku berpegang pada 325 iaitu, 30 peratus usaha, 20 peratus amanah dan 50 peratus adalah semua yang berlaku adalah ketentuan Tuhan,” jelasnya.
Sky berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemu bual dalam siri podcast Borak Space yang dihoskan oleh Harith Zazman dan Hakim Haziq.
Dalam pada itu, Hakim menerusi hantaran video di platform TikTok miliknya memaklumkan, dia dan Sky yang juga merupakan sahabat baiknya itu pernah meletakkan harapan untuk berjaya dalam bidang yang ingin diceburi.
Bahkan, dia dan Sky pernah bangun bersama-sama untuk melakukan solat Tahajjud.
“Saya ingat lagi masa tu saya nak uji bakat sebagai seorang penyampai radio disebuah stesyen radio dan Sky tengah ujibakat untuk projek Kahar.
“Masa tu kami berdua sedar yang kami dah berikan yang terbaik yang kami mampu dan selebihnya kami serahkan kepada Allah.
“Dan masa tu saya teringat betapa solat itu mampu mengubah segalanya. Terutamanya solat Tahajjud.
“Nak dijadikan cerita, saya mesej Sky untuk pilih satu tarikh yang sesuai untuk bangun dan solat Tahajjud. Dan kami bangun pada jam 4 pagi dan solat dan kami minta doa agar apa yang kami inginkan tu menjadi kenyataan.
“Kami sudah lakukan yang terbaik dan kami hanya ‘minta’ agar perjalanan ini dipermudahkan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga. So, itulah dia 325.
Terdahulu, Sky yang memegang watak sebagai Megat dalam filem Kahar: Kapla High Council itu mula mencuri perhatian ramai bukan sahaja kerana bakat lakonannya tetapi juga penampilan yang menarik.
ARTIKEL BERKAITAN:Lakonan Menjadi, Sky Iskandar Sedia Terima Kecaman… Mengaku Pernah Jadi Mangsa Buli
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bangga Dengan Mereka Walaupun Lebih Berpengalaman” – Aedy Ashraf
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bangga Dengan Mereka Walaupun Lebih Berpengalaman” – Aedy Ashraf
ARTIKEL BERKAITAN:Fadhli Masoot Teruja Bakal Bergelar Bapa Tak Lama Lagi – “Doakan Moga Urusan Isteri & Baby Dipermudahkan”