”Video Segala Pengakuan Kau, Pengakuan Di WhatsApp, Gambar Hidden” – Rakan Rapat Fazura | Oh! Media

”Video Segala Pengakuan Kau, Pengakuan Di WhatsApp, Gambar Hidden” – Rakan Rapat Fazura | Oh! Media

Peminat Fattah Amin dan Nur Fazura hari ini dikejutkan dengan berita duka mengenai konflik rumah tangga pasangan tersebut.

Lebih menyedihkan apabila konflik dikaitkan dengan kehadiran orang ketiga selepas bodyguard Fazura sendiri mendedahkan sesuatu berkenaan ‘penyondol’.

BACA: “Kenapa Block Aku?” – Bodyguard Fazura Dedah Sesuatu Mengenai ‘Penyondol’

Rakan baik Fazura, Enny Ridwan juga memuat naik hantaran di Instagram Story memberi amaran kepada seseorang.

Enny Ridwan bertanya adakah wanita berkenaan sudah berpuas hati merosakkan rumah tangga orang.

Rakan baik yang merupakan content creator kepada Fazura ini turut berpesan supaya individu berkenaan tidak memutar belit cerita kerana bukti sudah diperoleh.