[VIDEO] “Saya Akan Jadi Suami Terbaik Untuk Awak” – DJ Kidd Bagi ‘Hint’ Dah Berkahwin Dengan Emma Maembong?

[VIDEO] “Saya Akan Jadi Suami Terbaik Untuk Awak” – DJ Kidd Bagi ‘Hint’ Dah Berkahwin Dengan Emma Maembong?

Perkongsian terkini jejaka yang didakwa sedang hangat menyulam cinta bersama pelakon, Emma Maembong iaitu DJ Kidd menjadi tumpuan selepas dia berkongsi beberapa video mesra mereka.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), DJ Kidd memuat naik video memaparkan dirinya bersama Emma saling berpelukan dan dilihat bermanja ketika meluangkan masa di aquaria.

Bukan itu sahaja, berdasarkan video di TikTok pula, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 33, menunggang motosikal bersama DJ Kidd yang dipercayai ketika mereka sedang bercuti bersama.

Apa yang lebih mencuri tumpuan, DJ Kidd turut meluahkan kata-kata romantis bahawa dia akan menjadi suami terbaik buat Emma, selain secara terbuka menggelarkan pelakon itu sebagai isterinya.

Hantaran tersebut seolah-olah menguatkan spekulasi yang mendakwa mereka telah sah bergelar suami isteri seperti yang heboh sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Emma sehingga kini masih diam membisu dan enggan memberi sebarang respons berbubung dakwaan tersebut meskipun acap kali disoal oleh para media.

Terdahulu, keakraban antara mereka mula menjadi buah mulut ramai selepas DJ Kidd secara terbuka berkongsi momen-momen besama aktres jelita itu.

Artikel Berkaitan: “Love You Guys” – Lebih Terbuka, DJ Kidd Kongsi Foto Mesra Bersama Emma Maembong

Scroll to Top