[VIDEO] Saling Berpelukan, Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat

[VIDEO] Saling Berpelukan, Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat

Keakraban pelakon, Fasha Sanda bersama rakan selebriti, usahawan dan aktres, Nur Fazura menyentuh hati ramai.

Sebuah video tular di platform Tiktok memaparkan Fasha sedang memeluk erat Fazura ketika mereka bertemu di sebuah acara pengarah terkenal, Along Kamaludin.

Dalam perkongsian itu, Fasha menyifatkan bekas isteri kepada aktor, Fattah Amin ini seorang wanita yang sangat kuat dalam mengharungi setiap liku-liku kehidupannya.

Tak plan nak jumpa, tapi rezeki dapat jumpa di Majlis En Along Kamaludin. Tak perlu cakap be strong dekat dia sebab dia ni memang strong girl. Kesayangan ramai Fazura ,” tulisnya ringkas menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa terharu melihat kemesraan Fasha dan Fazura.

Malah ramai juga yang mengucapkan terima kasih kepada aktres berasal dari Penang itu kerana prihatin terhadap Fazura.

@nurfashasandha

Tak plan nak jumpa, tapi rezeki dapat jumpa di Majlis En Along Kamaludin ❤️ tak perlu cakap be strong kat dia sbb dia ni mmg strong girl😭🥰 Kesayangan ramai Fazura ❤️

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Artikel Berkaitan: Manis Berhijab, Fasha Sandha Mohon Doakan Yang Terbaik – “Saya Belum Cukup Bagus Untuk Cakap Bab Keagamaan”

Artikel Berkaitan: Netizen Komen Bukan-Bukan Terhadap Bekas Isteri, Fattah Amin Pertahankan Nur Fazura.. Peminat Puji: “Ini Yang Kita Mahukan”

Scroll to Top