Primadona Malaysia, Erra Fazira mencuit hari ramai yang membuat content video menggunakan trend filter ‘My Life’ tular di platform TikTok yang merangkumi empat perkara iaitu rumah, kereta, pekerjaan dan haiwan pelihaaran.
Menerusi video dikongsikan di akaun TikTok miliknya, Erra membuat video tersebut yang seolah-olah sedang bertelefon dengan kekasihnya mahu memasuk meminang.
“Akak pun nak gelak… Sekadar gurauan, jangan ambil hati,” katanya.
Berdasarkan video itu, Erra mendapat pilihan rumah di atas pokok, pekerjaan sebagai stylist rambut dan paling mengiburkan apabila dia mendapat haiwan peliharaan khinzir.
@errafazirawc Hakak pun nakkk gelkk.. 🤣🤣 . Sekadar gurauan eaa.. jgn amek ati.. 🤪🤣🤣
Apa yang membuat ramai terhibur adalah reaksi dan jalan penceritaan yang dilakonkan oleh aktres drama popular Sembilu itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata mengusik Erra semakin pandai membuat lawak dan kelakar selepas dikatakan sedang bahagia menyulam cinta.
Artikel Berkaitan: Erra Fazira Ada Pengumuman Istimewa Pada 7 Februari? Ini Respons Empunya Badan
Artikel Berkaitan: Tidak Lagi Berselindung, Erra Fazira Kongsi Keakraban Bersama Mr. E
Artikel Berkaitan: Saling Mengenal Hati Budi & Serasi, Jejaka Dikenali Sebagai Mr E Mengaku Kini Rapat Dengan Erra Fazira